
|
Ayah pergi untuk selamanya tinggalkan kami :'(
Monday, April 9 @ 5:14 AM | 0 Comment [s]
Assalammualaikum reader's :') Long time no see :* Do miss chuuu so much tahuk tahuk :)Today lah masanya nak story pasal apa yang berlaku dekat aku. Harini macam free sikit then plus dah okay sikit. Haaa, i know that ada daripada korang yang tahu status aku sekarang dah tukar kepada "anak yatim kan?" Hm, yeah :'( That's true. I lost my father on 21 March 2012, and kalau ikut kalender islam, 28 RabiulAkhir. Hm, that day rasa macam errrrr....... tak tahu nak cakap apa. K, meh meh aku story. Pagi 21 March : Pagi-pagi ni aku dah rasa semacam. Aku tidur rumah cousin, yelah sebab parents busy. Sokay :D Haritu hari rabu k. So biasa nak pergi sekolah aku bangun pukul 6.15 mcm tu, so aku biarkan kakak sedara aku mandi dulu. So bila dah dengar azan tu, and sementara tunggu turn mandi aku sambung tidur balik. Kejap je, 15 minit. So tetibe secara tak sengaja, Kuasa Allah swt, aku dapat petunjuk. Mimpi lah kan. Dalam mimpi tu aku dengan ayah pergi kubur, then masa nak balik terserempak dengan abang sedara aku. So bangun aku macam blur, tanya dkt diri yg kenapa abang sedara aku muncul. Hm, but buat tak tahu. Nak cerita dokek orang mulut ni tak boleh nak keluar apa-apa. Seriously. Macam terkunci. So buat tak tahu ajalah. Tengahari 21 March : Lepas balik dari sekolah around 130 tu, aku balik rumah Maksu aku, well. Memang biasa balik situ. So buat lah rutin macam biasa. Then suddenly, makcik aku menjerit panggil aku dengan kakak sedara aku. That time rasa hati ni dah macam lain sangat. So pergi cepat apa jadi. Sekali makcik aku cakap yang mak aku call nangis-nangis. K, dah cuak :'/ Takutlah kalau apa-apa jadi. So tetiba abang sedara aku yg muncul dalam mimpi tu call makcik aku cakap yang ayah masuk hospital. Like seriously aku terus menjerit cakap "Ayah kenapa maksu ayah kenapa?" Anak kan? Mestilah risau. Bammmm! Air mata deras, laju sangat mengalir time tu. Tak tipu. So we all hurry up siap-siap pergi hospital. Dalam on my way pergi tu, i try call kakak and abang. But tak dapat. So just sent text cakap "ayah dekat emeregency" That's all. Arrive dekat hospital dalam pukul 3 setengah like that. Aku tak ingat. Sampai sana memang tepat weh waktunya. Tepat sangat sangat! Time tu doktor tengah cakap yang yang yang...... "AYAH TAK DAPAT DISELAMATKAN" Ya Allah, remuk gila jantung aku time tu. Serious :'( Aku rasa macam nak pengsan weh time tu. Rasa macam hati ni kosong. Rasa macam macam time tu :/ Terus menjerit depan emergency cakap "Ayah mana? Ayah mana? Nak ayah nak ayah" :'( Mama sampai lepastu, dia terus peluk aku. Ya Allah. Rasanya time tu perit gilaaaaaaa :( Air mata tambah deras mengalir dan terus mengalir tanpa henti. Tetiba abang call, tanya kenapa? Then aku cakap, "Abang, ayah dah tak ada". yAallah, terus dia menjerit dalam phone weh, K, aku faham perasaaan abang macam mana. Abang terus balik petang tu jugak. A few minutes kemudian, Kakak call. Aku cakap benda yang sama jugak. Hmmmmmmm.......Takdir allah. Pastuh aku balik kena kemas rumah untuk jenazah ayah. Dalam pukul 6 aku sampai rumah. So kemas lah everything. Malam 21 march : Jenazah seorang lelaki yang sangat aku sayang ah kan, sampai rumah. Masatu, perasaan rindu dekat dia makin membuak-buak. Aku rasa nak meraung pun ada time tu. Bila orang tu bukak jenazah tu je, air mata ni terus mengalir lagi dan lagi. Kali ni memang tak boleh bayang lah macam mana aku nangis. SubhanaAllah, berseri-seri muka ayah time tu. Dia meninggal bibir dia seolah-olah tersenyum. Tak lama kemudian bacaan yaasin pun bermula. Malam tu semua orang tak henti-henti bergilir bacakan ayat suci untuk dia. Alhamdullilah :') Macam tu jugak aku. Tak henti-henti bacakan dia ayat suci. Setiap kali aku doa, mesti aku akan menangis :'/ Siapa yang tak sedih kalau ayah dia sendiri meninggal. Ya Allah, aku hanya dapat hidup dengan dia 15 tahun je :( Pagi 22 March : Dalam pukul 10 kami semua bertolak ke Batu 4 Kapar. Kg ayah, rumah mak dia lah kan. Aku, kakak, dengan abang naik van jenazah dengan ayah. Mama naik dengan makcik. Sebab takut karang dia terlampau sedih sangat. So singgah dulu rumah nenek. Subahanaallah, ramainya orang. Terima kasih lah datang :) Tapi bagus jugak, sebab aku dapat cium dia buat kali ke 2. First dekat rumah tadi lah. Masa tu air mata ni memang tak dapat di bendung bendung lagi. Lepastu jenazah di bawa ke Masjid depan tu. Aku dapat solat jenazah untuk dia :') Bersyukur sangat. Lepas dah habis tu, pergi kubur Batu 4 Kapar tu. Ayah di tanamkan :'( Pada masa tu lah aku rasa sebak, hati ni macam kena tanam sekali tahu tak :'/ Itu lah kali terakhir, kali terakhir aku lihat wajah dia. Lepasni, tak ada lagi suara gurau senda dia, lepas ni tak adalagi orang yang nak ejek aku, lepasni tak ada lagi orang yang nak marah-marah aku kalau aku buat sepah, lepas ni tak ada lagi orang yang suka bernyanyi untuk aku, lepasni tak ada lagi orang yang selalu buat aku marah :'/ Tapi aku tahu, Allah lebih sayangkan dia. Sebab tu allah ambik dia. Tak apa, aku redha. Redha dengan kepergian nya. Aku lepaskan dia pergi walaupun hati ni berat. Ayah, adik sayang ayah :'( Adik rindu nak panggil ayah dengan gelaran "ayah" :'( InsyaAllah, adik tak akan lupakan ayah :'( 15 TAHUN hidup dengan ayah pun dah bersyukur sangat-sangat :p Terima Kasih Allah :') Harini dah nak masuk 3 minggu ayah pergi tinggalkan kita orang. YaAllah, rindunya dekat dia :( Kadang-kadang, terasa macam dia ada je dengan kita orang. Terasa macam dekat sangat dengan kitaorang. Tapi mama cakap, orang yang tak meninggal depan kita ni, bermakna dia terlampau sayangkan kita. Saya tahu saya tahu yang ayah sayangkan kami sangat sangat :) Dan saya sngt gembira kerana ada ayah yang begitu mulia sekali hati dia :) Ayah tak meninggal depan kita orang. But benda yang paling aku gembira, dia meninggal dalam keadaan berwuduk lepas solat zohor. But part yang paling aku sedih, aku tak dapat jumpa dia 2 hari sebelum dia pergi. Last hari isnin tu ah. Tu pun aku balik rumah kejap. Tu lah last aku dengar suara dia, tapi time tu pun dia tak ada suara sangat. Kalau lah aku tahu, aku mesti peluk dia time tu. Tapi time tu, ayah renung aku jauh sangat. Maksudnya macam pandangan dia dekat kita terasa jauh sangat weh. Hmm.......... Aku takkan lupakan saat-saat tu. K. Aku tak boleh nak cerita lagi, Cukup ah tu. Ni pun dah nangis dah weh. Hihihi. Dan kerana dia dah tak adalah ni, aku start pakai tudung. Alhamdullilah :) Mungkin ni hikmahnya. And tolong ye, kalau ada ketidak puasan dengan aku, kutuk aku je. Tapi jangan libatkan ayah aku ataupun keluarga aku yang lain. Tolong k! Kbyeeeeee :') |
Ze Director
underlined, bold blockqoute
Navigations! Let's DANCE!
The Credits! |